Tempat menarik Perlis

Tempat menarik di Perlis

Walaupun lebih terkenal dengan Harum Manis, sebenarnya banyak tempat menarik di Perlis boleh dilawati jika anda berkunjung ke negeri ini. Paling ketara ialah keindahan sawah padi yang luas terbentang dan bukit-bukit batu kapur yang unik cukup menarik perhatian. Selain itu, ada tarikan alam semulajadi, taman rekreasi, tempat membeli-belah dan berbagai destinasi pelancongan menanti pengunjung. Kemudahan hotel dan resort menarik serta makanan yang sedap pasti menyeronokkan lagi percutian anda di Indera Kayangan.

Timah Tasoh Lakeview Resort

Timah Tasoh adalah sebuah tempat peranginan di negeri Perlis Indera kayangan. Ianya adalah sebuah destinasi pelancongan baru di Perlis yang semakin popular kerana keindahan Empangan Timah Tasoh yang terbentang luas memberi ketenangan pada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Terdapat dua resort menarik yang sesuai dijadikan tempat bercuti iaitu Terinai Lake View Resort yang terletak di puncak bukit dan Tasoh Lake Resort & Retreat yang terletak di pinggir tasik.

Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Padang Besar ialah sebuah pekan di negeri Perlis Indera Kayangan. Ia terkenal sebagai tempat membeli-belah berbagai jenis barangan dengan harga murah. Lokasinya ialah di utara negeri Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand. Padang Besar juga adalah pintu masuk utama ke negara tersebut. Terdapat Pejabat Imigresen di pekan Padang Besar yang memantau urusan keluar masuk pelancong. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar, Perlis adalah sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Ada juga kedai yang ditutup agak lewat sekitar pukul 7 petang namun tidak banyak.

Senarai tempat menarik di Perlis dan tarikan pelancongan

Negeri Perlis atau nama penuhnya Perlis Indera Kayangan terletak paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, nama Perlis cukup terkenal dengan produk pelancongannya iaitu buah mangga (mempelam) Harum Manis dan laksa Kuala Perlis. Selain itu, Perlis juga terkenal dengan pelancongan membeli-belah iaitu di Wang Kelian dan Padang Besar, pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Artikel kali ini memaparkan senarai tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin berkunjung ke sana.

Subscribe to RSS - Tempat menarik Perlis