Tempat menarik di Selangor mengikut daerah

Selangor mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ia sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian bersama keluarga kerana terdapat berbagai jenis pelancongan seperti Pelancongan Pendidikan, Agro-Pelancongan dan juga Eko-Pelancongan. Di Selangor juga terdapat taman tema menarik yang menyediakan pakej percutian keluarga yang dibuka sepanjang tahun. Bawalah keluarga anda kemana saja, Selangor menyediakan pelancongan bandar dan luar bandar yang menarik untuk semua. Disini kami sediakan senarai tempat menarik di Selangor mengikut daerah bagi membantu anda membuat perancangan lokasi mana yang sesuai dilawati sepanjang percutian anda.

Untuk melihat lokasi pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat percutian menarik di Selangor.

Tempat menarik di Hulu Selangor

Salah satu tempat percutian di Selangor yang menjadi tumpuan setiap kali musim cuti persekolahan ialah daerah Hulu Selangor. Daerah ini mempunyai banyak lokasi pelancongan alam semulajadi menarik yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara dan juga luar negara. Ia sesuai dijadikan destinasi percutian bajet bersama keluarga. Tempat perkelahan dan rekreasi popular di daerah Hulu Selangor yang boleh dikunjungi ialah:

  • Sg Inki, Kalumpang - Tempat peranginan dan taman rekreasi ini merupakan tempat tumpuan masyarakat setempat untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dihujung minggu. Terdapat kemudahan asas seperti tandas, surau, bilik persalinan dan lain-lain.
  • Air Terjun Semangkuk - Merupakan tempat perkelahan dan mandi-manda. Airnya yang jernih dan sejuk serta udara yang nyaman sesuai untuk anda berehat bersama keluarga. Terdapat kemudahan asas seperti tandas dan pondok rehat.
  • Santuari Ikan Kelah, Sg Chiling - Salah satu tempat menarik di Selangor yang cukup terkenal dikalangan pencinta alam semulajadi. Kawasan ini dikelola oleh Jabatan Perikanan. Tarikan utamanya ialah iklan kelah dan air terjun yang cantik. Semua kemudahan asas seperti tandas, surau dan bilik persalinan disediakan.
  • Kawasan Rekreasi Sg Kedondong, Batang Kali - Tempat perkelahan hujung minggu penduduk setempat bersama keluarga. Terdapat kemudahan asas sepenuhnya.
  • Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam - Kawasan air terjun yang menjadi destinasi perkelahan ramai dihujung minggu. Sudah ada kemudahan jalan tar hingga ke kawasan air terjun.
  • Hutan Lipur Sungai Kedondong - Lokasinya tidak jauh dari jalan utama ke Genting, lebih atas dari Hulu Yam. Kawasan air terjun cantik, air yang jernih dan sejuk. Kolam mandinya agak dalam dan kurang sesuai untuk kanak-kanak.
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali - Boleh dikunjungi oleh sesiapa yang ingin merasa mandi air panas semulajadi.
  • Air Terjun Serendah - Terletak dikawasan Rawang, Hulu Selangor. Taman rekreasi air terjun untuk mandi-manda dan berkelah bersama keluarga.
  • Kolam Air Panas Kerling - Terletak lebih kurang 10 KM dari tol Tanjung Malim menuju Kuala Kubu Bharu. Sesuai untuk melepaskan penat-lelah.

Tempat menarik lain di Daerah Hulu Selangor ialah:

  1. Taman Milenium, Kuala Kubu Baru - Taman tasik ini adalah tempat rekreasi penduduk setempat untuk beriadah. Terdapat berbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan.
  2. Tapak Sukan Lasak, Kalumpang - Terletak di Kerling, Selangor, Pusat Sukan Lasak, Kalumpang ada berbagai aktiviti lasak seperti rentas halangan, tiubing, abselling, flying fox, kenderaan pacuan empat roda, paragliding dan lain-lain.
  3. Rumah Rehat Gap - Rumah Rehat Kerajaan Gap di Bukit Fraser. Tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga di kawasan peranginan tanah tinggi.
  4. Rest House Seri Berkat - Rumah rehat dengan rekaan senibina Scottish ini terletak di Bukit Fraser.
  5. Rest House KKB - Rumah Rehat Kerajaan Kuala Kubu Bharu ini menyediakan 12 bilik penginapan untuk pengunjung yang bercuti ke Kuala Kubu Bharu.

Tan Boon Chia mansion, Rasa, Hulu Selangor, Selangor.

Tempat menarik di Kuala Selangor

Kuala Selangor merupakan salah satu tempat percutian menarik di Selangor. Disini terdapat tempat bersejarah untuk dilawati, taman rekreasi, pantai menarik untuk perkelahan dan berbagai aktiviti pelancongan lain. Dibawah ini adalah antara tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi percutian anda.

Pelancong boleh melawat tempat bersejarah di Selangor yang banyak terdapat di daerah ini. Bagi melihat monumen dan kesan peninggalan sejarah silam, senarai dibawah adalah khazanah dan lokasi yang boleh dilawati:

  • Bukit Melawati.
  • Makam Diraja.
  • Meriam Penggawa.
  • Telaga Beracun.
  • Makam Anak Dara.
  • Tangga Seratus.
  • Telaga Tujuh.
  • Batu Hampar.
  • Busut Melawati.
  • Tempat Melihat Anak Bulan.
  • Bukit Belanda.
  • Kota Melawati.

Anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat pelancongan menarik seperti taman dan alam semulajadi.

  • Kelip-kelip Kampung Kuantan - Mengairi sungai melihat keindahan kelip-kelip diwaktu malam.
  • Taman Alam Kuala Selangor.
  • Pantai Remis - Terletak diantara Kuala Selangor dan Klang. Pantai ini adalah tempat makan yang menarik dan tempat bersantai penduduk tempatan. Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel Bercuti di Pantai Remis Kuala Selangor.
  • Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.

Aktiviti percutian yang boleh dilakukan di Kuala Selangor ialah:

  • White Water Rafting di Sungai Selangor.
  • Mendaki Gunung atau Bukit.
  • Aktiviti berbasikal.

Pemandangan menarik di Bagan Pasir, Kuala Selangor.

Tempat menarik di Hulu Langat

Hulu Langat terkenal dengan tempat pelancongan alam semulajadi dan merupakan salah satu tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga di Selangor. Terdapat banyak Hutan Lipur air terjun yang sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan. Manakala aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuk merentas hutan, mendaki bukit dan mandi air terjun. Jika anda merancang untuk bercuti ke Hulu Langat, berikut adalah senarai tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi serta aktiviti percutian anda bersama keluarga di daerah ini:

  • Air terjun Sungai Gabai - Lokasinya ialah Bt 21, Sungai Lui, Hulu Langat. Kawasan perkelahan popular penduduk sekitar kawasan ini. Pengunjung boleh memilih untuk berkelah dikaki bukit atau mendaki anak tangga keatas untuk ke air terjun.
  • Hutan Lipur Sungai Congkak - Terkenal dengan Jeram Sungai Congkak, terletak di Bt 20 1/4, Kampung Padang, Hulu Langat. Aktiviti berkhemah sesuai dilakukan disini kerana kawasan yang rata dan luas. Kemudahan asas untuk pengunjung disediakan.
  • Kolam Air Panas - Terletak di Bt 15 1/2 Dusun Tua, Hulu Langat
  • Satay Kajang Hj Samuri - Terletak di Kajang. Jangan lupa membawa keluarga anda merasa satay yang terkenal ini.
  • Ostrich Farm - Terletak di Kg. Sg. Pasir, Jalan Sg. Lalang, Kajang.
  • Zoo Negara - Terletak di Hulu Kelang, Ampang. Tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
  • Taman Rimba Ampang - Terkenal dengan air terjun. Dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Belacan, Ampang.
  • Air Terjun Batu Asah - Terletak di Ampang. Air terjun Batu Asah sesuai dijadikan lokasi perkelahan bersama keluarga atau rakan-rakan.
  • Empangan Klang Gates - Empangan tertua di Malaysia ini juga merupakan kawasan rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di Ampang, suasana tenang dan nyaman disini sesuai untuk pengunjung bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
  • Air terjun Sungai Tekala - Salah satu tempat menarik di Selangor yang sangat terkenal bagi pencinta alam semulajadi. Terletak di Semenyih, terdapat tujuh tingkat air terjun disini. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat perkhemahan kerana kawasannya yang luas dan terdapat hutan lipur yang menarik.
  • Air terjun Sungai Batangsi - Kawasan perkelahan dan mandi-manda popular ini terletak di Semenyih.

Tempat menarik di Klang

Klang Bandar Diraja pernah menjadi ibu negeri Selangor suatu masa dahulu. Ia mempunyai banyak tempat menarik untuk dijadikan destinasi pelancongan anda. Jika anda ingin merancang percutian bajet ke lokasi di sekitar Selangor, Klang adalah destinasi percutian yang harus ada dalam senarai pilihan anda. Antara tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi di daerah Klang ialah:

  • Tanjung Harapan - Terletak di Pelabuhan Klang. Ramai yang datang kesini untuk menjamu selera di restoran makanan laut di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan.
  • Pulau Carey - Terletak di Pelabuhan Klang, berhampiran dengan Pulau Indah. Didiami oleh masyarakat orang asli Mah Meri. Masyarakat ini terkenal dengan seni mengukir patung-patung. Pulau ini menjadi lokasi Perayaan Hari Moyang dimana pelbagai persembahan kebudayaan Orang Asli dari seluruh negara diadakan dan pelbagai hasil kreativiti kraftangan dipamerkan.
  • Pulau Ketam - Ia adalah sebuah pulau perkampungan nelayan. Anda boleh menaiki feri atau speed bot untuk ke pulau ini. Antara aktiviti menarik ialah berbasikal mengelilingi pulau.
  • Istana Alam Shah - Istana yang dibina pada tahun 1905 ini mempunyai rekabentuk senibina yang menarik.
  • Tugu Kris.
  • Stesen Keretapi Klang.
  • Jalan Tengku Kelana - Little India.
  • Taman Pengkalan Batu - Taman Persisiran Sungai.
  • Kota Raja Mahadi - Salah satu tempat bersejarah Selangor yang terletak di daerah Klang. Kota ini dibina pada tahun 1866 oleh Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman bagi mempertahankan serangan daripada Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar.
  • Gedung raja Abdullah - muzium.
  • Bangunan Sultan Sulaiman bangunan sejarah yang pernah menjadi istana hinggap ini dibina pada tahun 1912. Bangunan ini juga pernah menjadi markas tentera Jepun dalam tahun 1941. Bangunan ini kini dikenali sebagai Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz.

Tempat-tempat keagamaan yang menjadi tarikan pelancongan di Klang, Selangor ialah:

  • Masjid Sultan Sulaiman - Masjid yang terletak di tepi istana Klang ini mempunyai rekabentuk senibina Inggeris yang unik.
  • Masjid India Muslim.
  • Tokong Qin Liang.
  • Kuil Sri Sundaraja Perumal.
  • Tokong Kwan Yin.
  • Kelab Kapal Layar Diraja Selangor.
  • Taman Burung Unta.
  • Tokong Dong Zen.

Tempat menarik di Petaling dan Shah Alam

Shah Alam adalah ibu negeri Selangor Daruh Ehsan. Ia adalah bandaraya tersusun yang terawal di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Shah Alam jika anda melancong kesana. Manakala, di kawasan Petaling Jaya pula terdapat taman tema terkenal iaitu Sunway Lagoon dan juga beberapa tempat rekreasi menarik. Jika anda merancang pelancongan bandar, Petaling Jaya dan Shah Alam sesuai dijadikan tempat penginapan semasa bercuti. Tempat menarik di Shah Alam dan Petaling yang boleh dikunjungi ialah:

  • Sunway Lagoon - Tempat menarik di Selangor yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia terletak di Subang Jaya. Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema air yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Lihat artikel Sunway Lagoon Water Park Malaysia untuk maklumat lanjut.
  • Taman Bandaran Kelana Jaya - Petaling Jaya.
  • Taman Jaya - Petaling Jaya.
  • Taman Aman - Petaling Jaya.
  • Taman Rimba Riang - Petaling Jaya.
  • i-City - Tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tarikan seperti Waterworld water park, Snowalk, Red Carpet@i-City dan bermacam-macam lagi menjadikan i-City lokasi wajib bila melancong ke Selangor. Bercuti di i City Shah Alam.
  • Taman Botani Negara Shah Alam - Juga dikenali dengan nama Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam.
  • Perpustakaan Raja Tun Uda - Gedung ilmu di Shah Alam.
  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Terletak di Shah Alam, merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Mempunyai rekabentuk senibina Islam yang menarik. Ia mempunyai menara dan kubah yang tertinggi didunia. Persekitaran masjid ini dikelilingi tasik dan pohon-pohon hijau dan menjadi tempat rekreasi penduduk Shah Alam.
  • Muzium Sultan Alam Shah - Terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Raja Uda di Shah Alam. Antara khazanah yang dipamerkan di muzium ini ialah alat kebesaran Kesultanan Selangor, barangan keperluan tradisional, pakaian, alat muzik dan keris.
  • Taman Tema Air Wet World - Terletak di Shah Alam. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam yang sesuai dikunjungi bersama keluarga dan bersuka-ria dengan pelbagai permainan air yang disediakan. Lihat artikel Wet World Shah Alam Water Park untuk maklumat lanjut
  • Taman Tasik Shah Alam - Taman rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk Shah Alam dan pelancong. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah beriadah, berkayak, menaiki bot dan bersantai melihat kumpulan angsa yang jinak dan juga burung-burung yang ada disini.
  • High 5 Bread Town - Kunjungi muzium roti yang pertama di Malaysia apabila anda bercuti di Shah Alam. High 5 Bread Town adalah bandar roti yang pertama sepertinya di dunia. Anda boleh melihat sejarah bagaimana roti dibuat pada zaman dahulu. Ia adalah satu lokasi menarik untuk pembelajaran anak-anak.
  • Uptown Shah Alam - Terletak di Seksyen 24 Shah Alam, Uptown ini sangat popular kerana terdapat berbagai barangan yang dijual disini. Kadang-kadang ada persembahan nyanyian, nasyid, forum dan lain-lain.
  • Laman Seni 7 - Street Art ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Lorong belakang bangunan ini sangat terkenal kerana pelbagai lukisan 3D menarik yang dilukis di dinding bangunan. jangan lupa singgah untuk bergambar kenang-kenangan. Anda juga boleh membeli-belah dibutik yang banyak terdapat disini.

Lihat artikel: Tempat menarik di Shah Alam untuk dilawati.

Masjid Biru Shah Alam, Selangor.

Tempat menarik di Sabak Bernam

Terdapat beberapa tempat menarik di Selangor yang ada di daerah Sabak Bernam. Antaranya yang menjadi tarikan pelancong ialah:

  • Bagan Nakhoda Omar.
  • Kelong Paradise Waterfront Resort.
  • Muzium Sabak Bernam.
  • Masjid Jin.
  • Ladang Mangga.
  • Lubuk Pusing.
  • Sabak Waterfront - Pusat kraf & batik.

Tempat menarik di Sepang

Daerah Sepang, Selangor terkenal dengan litar lumba F1 iaitu Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit). Selain itu, lapangan terbang Antarabangsa KLIA juga terletak di daerah Sepang. Tempat menarik yang boleh dikunjungi di daerah Sepang:

  • Litar Antarabangsa Sepang - Lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dunia setiap kali acara permotoran diadakan disini.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
  • Pantai Bagan Lalang - Salah satu tempat percutian di Selangor. Pantai Bagan Lalang ialah lokasi terbaik untuk melihat mentari terbenam. Pantai ini juga terkenal sebagai tempat makan yang menarik. Berbagai kemudahan terdapat disini seperti surau, tandas dan penginapan.

Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Tempat menarik di Gombak

Jika anda mencari tempat menarik di Selangor yang terletak di daerah Gombak, senarai dibawah adalah antara tempat yang boleh anda kunjungi:

  • Batu Caves - Gua batu kapur yang terletak di daerah Gombak. Gua ini dianggap tempat suci bagi penganut Hindu. Pada musim Thaipusam, tempat ini menarik ramai pelancong mencecah ratusan ribu untuk melihat upacara perayaan yang diadakan.
  • Royal Selangor Pewter.
  • Hutan Lipur Sungai Tua - Terletak di Hutan Simpan Hulu Gombak. Lokasinya ialah di Ulu Yam, sungai berbatu ini merupakan tempat mandi dan berkelah yang popular bagi penduduk tempatan.
  • Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak.
  • Muzium Orang Asli - Terletak di daerah Gombak. Muzium ini menyimpan pelbagai bahan sejarah dan peralatan tradisional masyarakat orang asli. Ia mempamerkan kehidupan etnik Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
  • Kem Modal Insan Kewaja, Taman Seri Gombak.
  • Sungai Rumput, Batu 12, Gombak.
  • Kawasan perkhemahan Alang Sedayu, Batu 12, Gombak.
  • Air terjun Genting Hidayat, Batu 18, Gombak.
  • Hutan Lipur Templer Park.
  • Kolam air panas Selayang.
  • Taman Metropolitan - Tempat permainan layang-layang.

Tempat menarik di Kuala Langat

Antara daerah yang mempunyai banyak tempat menarik di Selangor ialah Kuala langat. Daerah ini mempunyai berbagai jenis tempat pelancongan dan sesuai untuk percutian keluarga. Anda boleh mengunjungi tempat-tempat bersejarah, pantai yang cantik dan berbagai tempat menarik lain seperti:

  • Balai Polis dan Penjara Jugra.
  • Pejabat Daerah Lama Kuala Langat.
  • Kampung Sungai Lang.
  • Istana Bandar.
  • Masjid Bandar.
  • Istana Long Puteri/Maimun.
  • Istana Jugra.
  • Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra.
  • Tapak Jeti - Pengkalan Batu Hampar, Jugra.
  • Tugu Peringatan Tentera India.

Bagi yang suka berehat sambil menikmati keindahan pantai dan mendengar desiran ombak menghempas pantai, terdapat pantai menarik di daerah Kuala Langat yang boleh dikunjungi seperti:

  • Pantai Morib - Terletak di Banting, ia adalah pantai menarik yang mengadap Selat Melaka. Pantai ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan juga pelancong untuk berkhemah, berkelah dan juga berehat bersama keluarga menikmati pemandangan indah. Lihat artikel Bercuti di Pantai Morib Banting.
  • Pantai Kelanang - Pantai ini terletak di Banting. Ia adalah lokasi perkelahan yang menarik. Pantainya berpasir dan sesuai untuk mandi. Kemudahan yang ada disini adalah tandas, surau, gerai makan dan kawasan parking yang luas.

Tempat-tempat menarik di Selangor yang sesuai untuk pelancongan pendidikan seperti Agro-pelancongan dan Eko-pelancongan juga ada di Kuala Langat:

  • Ladang Teh Boh, Sri Cheeding.
  • Projek Perladangan Berkelompok Sayuran/Kontan.
  • Ladang Longan.
  • Paya Indah Wetlands.
  • Nature Center (Pakas).
  • Taman Buaya

Jika anda inginkan percutian riang-ria bersama keluarga, Gold Coast Morib yang terletak di Banting menyediakan berbagai aktiviti menarik di Outdoor Water Theme Park. Lihat artikel Gold Coast Morib Resort, Banting untuk maklumat lanjut.

Dengan tempat-tempat menarik yang ada di daerah ini, tidak hairanlah Kuala Langat menjadi salah satu tempat percutian di Selangor yang cukup popular bukan saja bagi warga negeri ini tetapi juga pelancong luar.

Tempat percutian di Gold Coast, Morib, Selangor.

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Selangor mempunyai banyak kebudayaan, kesenian dan warisan menarik yang menjadi tarikan pelancong. Selain kebudayaan orang Melayu, terdapat kebudayaan orang Bugis, Jawa dan Banjar telah lama menetap di Selangor. Antara kebudayaan yang ada di Selangor ialah:

  • Campuling - Muzik tradisional masyarakat Jawa di Jugra. Ia merupakan seni muzik dan nyanyian yang berunsurkan Islam. Alat muzik yang digunakan dalam Campuling ialah gendang panjang, gendang, kempul, kempreng dan iting-iting.
  • Tarian Kuda Kepang - Tarian yang popular di Johor ini juga boleh ditemui di Selangor. Ia dimainkan oleh masyarakat Jawa di beberapa kawasan.
  • Permainan tradisional - Permainan tradisional di Selangor ialah seperti main seremban, galah panjang, gasing dan juga congkak.

Bagi pelancong yang ingin mengikuti secara lebih dekat kebudayaan di Selangor, mereka boleh mengikuti program homestay yang disediakan oleh kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan. Berikut ialah senarai homestay yang ada di negeri Selangor:

  • Homestay Sg. Hj. Dorani, Sabak Bernam - Hubungi En. Abd Rahman Daud, 013-607 7025.
  • Homestay Air Manis, Sabak Bernam - Hubungi En. Subani bin Hj. Marzuki, 03-3216 1696.
  • Homestay Batu 23, Sg. Nibong, Sabak Bernam - Hubungi Tn. Hj. Yusof Bin Sirat, 016-676 8671.
  • Homestay Papitusulem, Sabak Bernam - Hubungi En. Zainurin Bin Jubin, 017-271 2260.
  • Homestay Sepintas, Sabak Bernam - Hubungi Hj. Kamsani Bahrun, 013-305 9154.
  • Homestay Seri Kayangan, Sabak Bernam - Hubungi En. Masnan b Pardi, 016-290 3078.
  • Homestay Banghuris, Sepang - Hubungi Tuan Hj Basir bin Wagiman, 013-300 3942.
  • Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor - Hubungi En. Abu Bakar Bin Moin, 019-346 7372.
  • Homestay Sg. Tengi, Kuala Kubu - Hubungi En. Mohd Stap Bin Osman, 019-573 1816.
  • Homestay Bougainville / Sg. Kertas, Gombak - Hubungi Hj. Ruslan Bin Ahmad, 016-392 0439.
  • Homestay Kg. Endah, Banting - Hubungi En. Ramlan Bin Hj. Misnan, 013-645 6489.
  • Homestay Kanchong Darat, Banting - Hubungi Tuan Hj. Yakob bin Adni, 03-3180 1401.
  • Homestay Kampung Sg. Lang Tengah, Kuala Langat - Hubungi Tn. Hj Silim Bin Dasman, 013-2607 097.
  • Homestay Batu Laut, Kuala Langat - Hubungi En. Zaidi Bin Hanif, 019-6199 394.
  • Homestay Kg. Kundang, Kuala Langat - Hubungi En. Arman bin Saeman, 019-643 1816.

Sila hubungi penyelaras homestay bagi mengetahui syarat dan program menarik yang ditawarkan.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Selangor, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Faktor pelancongan menarik lain di Selangor

Antara faktor lain yang menarik kedatangan pelancong ke negeri Selangor ialah:

  • Pelancongan pendidikan - Selangor mempunyai banyak Universiti Awam, Universiti Badan Kerajaan dan Universiti swasta yang menawarkan pendidikan internasional.
  • Makanan tradisional - Tempe, sayur kulur, sate Kajang, mee bandung Klang, lontong dan pecal.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik di Selangor mengikut daerah yang dapat kami sediakan untuk anda. Halaman ini akan sentiasa dikemaskini agar dapat menjadi rujukan pengunjung yang ingin bercuti di Selangor. Sekiranya anda ingin menambah atau berkongsi tempat menarik lain yang harus dilawatii, sila tinggalkan komen dibawah. Jika maklumat ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain di laman fb, twitter dan g+ anda sebagai tanda penghargaan. Kami amat menghargainya. Akhir kata, selamat bercuti di Selangor!

Lihat semua tempat menarik di setiap negeri di Malaysia: Tempat Menarik.

Lokasi