Tempat menarik

Bercuti di Pantai Merdeka

Pantai Merdeka adalah salah satu tempat pelancongan yang ada di Kedah. Ia terletak di daerah Kuala Muda. Pantai Merdeka merupakan lokasi percutian pelancong dan tempat menarik yang menjadi tumpuan penduduk disekitar daerah Kuala Muda. Ramai yang datang kesini bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mandi laut atau bersantai melihat pemandangan indah dikawasan ini. Pengunjung pasti terpesona melihat Gunung Jerai yang tersergam indah dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka.

Tempat menarik sekitar Pasar Kemboja Pendang

Diluar kesesakan Pasar Kemboja Pendang terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Disini kami senaraikan tempat-tempat tersebut berserta gambar-gambar menarik untuk anda. Jangan lupa untuk mengunjungi tempat ini jika anda merancang untuk ke Pasar Kemboja Pendang.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah.

Senarai tempat menarik di Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Ia lebih dikenali dengan nama Putrajaya. Lokasinya terletak didalam Negeri Selangor dalam Daerah Sepang. Kedudukan Putrajaya adalah berhampiran dengan Kajang, Bangi dan Serdang. Putrajaya adalah lokasi pelancongan yang terkenal dan salah satu destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan-kawasan di dalam Putrajaya di bahagikan dan dinamakan sebagai Presint.

Tempat menarik di Selangor mengikut daerah

Selangor mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ia sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian bersama keluarga kerana terdapat berbagai jenis pelancongan seperti Pelancongan Pendidikan, Agro-Pelancongan dan juga Eko-Pelancongan. Di Selangor juga terdapat taman tema menarik yang menyediakan pakej percutian keluarga yang dibuka sepanjang tahun. Bawalah keluarga anda kemana saja, Selangor menyediakan pelancongan bandar dan luar bandar yang menarik untuk semua.

Senarai tempat menarik di Penang untuk dilawati

Apa yang menarik di Penang? Macam-macam perkara menarik di Penang. Dalam sektor pelancongan, terdapat banyak tempat menarik di Penang untuk dilawati. Negeri ini juga sangat terkenal dengan makanannya yang sedap sehingga ia digelar syurga makanan di Malaysia. Selain itu, Jambatan Pulau Pinang juga adalah tarikan negeri pulau mutiara ini. Walaupun ia bukan lokasi pelancongan tetapi jambatan yang terpanjang di Asia ini adalah trademark kepada industri pelancongan di Penang.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik