Tempat menarik

Tarikan pelancongan di Kelantan

Salah sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan popular di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah Kelantan. Negeri ini kaya dengan alam semulajadi yang cantik seperti air terjun, bukit dan gunung serta pantai-pantai menarik. Selain itu, negeri ini cukup terkenal dengan kebudayaan masyarakatnya yang unik. Bagi artikel kali ini, PercutianBajet akan senaraikan tarikan pelancongan di Kelantan dan juga aktiviti menarik yang ada sebagai panduan pengunjung untuk merancang percutian mereka serta memilih lokasi mana yang sesuai untuk dikunjungi.

Tarikan pelancongan di Johor

Johor ialah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Selain alam semulajadi yang cantik seperti pulau, pantai dan gunung, negeri Johor kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disini kami sediakan senarai tarikan pelancongan di Johor serta sedikit pengenalan tentang kebudayaan masyarakat Johor yang berbilang kaum sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di negeri ini.

Tempat menarik di Kedah mengikut daerah

Terdapat banyak tempat menarik di Kedah untuk dilawati jika bercuti di negeri Jelapang Padi Malaysia ini. Anda memerlukan lebih dari seminggu percutian jika ingin melawat semua destinasi yang ada. Sesetengah tempat pelancongan memerlukan anda bermalam disitu untuk menikmati keindahan atau mengikuti aktiviti yang disediakan. Manakala di sesetengah daerah pula terdapat banyak tempat menarik yang harus dikunjungi. Jadi jika anda merancang untuk bercuti ke Kedah, pastikan anda membuat perancangan teliti.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat menarik