Tempat pelancongan di Johor

Tempat menarik di Johor

Banyak tempat menarik di Johor yang boleh dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Antara destinasi yang popular ialah pulau-pulau peranginan yang terletak di perairan Mersing, beberapa kawasan pantai, kawasan pelancongan alam semulajadi seperti di Taman Negara, taman tema dan banyak lagi. Dalam artikel ini, Percutian Bajet akan senaraikan semua lokasi menarik yang ada di Johor dan di susun mengikut daerah. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih tempat percutian yang diingini dan merancang tempat-tempat menarik yang ingin dilawati.

Membeli-belah di Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia. Kepada pengunjung yang belum pernah ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai barangan berjenama dari luar negara. Ada juga jenama tempatan yang berkualiti disini tetapi tidak banyak. Susun-atur kedai-kedai di JPO ialah secara deretan dalam bangunan dua tingkat. Berbeza dengan pasaraya dimana semua kedai terletak didalam satu kompleks berhawa dingin.

Tempat menarik di Mersing Johor

Mersing Johor ialah salah satu nama yang terkenal dalam sektor pelancongan di Malaysia. Ia adalah lokasi persinggahan untuk pelancong yang ingin menaiki feri ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Aur dan lain-lain. Tarikan lain ialah Mersing sangat popular sebagai lokasi memancing ikan. Ramai yang datang ke Mersing untuk memancing di tepi pantai dan juga laut dalam. Selain itu, disini juga terkenal dengan keropok lekor yang sedap. Kebanyakkan kedai menawarkan produk berasaskan hasil laut memandangkan kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan.

Tempat menarik di Muar

Muar Johor mempunyai beberapa lokasi pelancongan menarik yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke daerah ini. Terkenal dengan air terjun Gunung Ledang, Muar sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia kaya dengan buah-buahan tempatan, makanan yang sedap-sedap, tempat-tempat bersejarah dan macam-macam lagi. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi beberapa tempat menarik di Muar untuk dilawati sebagai panduan pengunjung yang akan bercuti di sini.

Tempat menarik di Johor Bahru

Johor Bahru ialah salah satu destinasi percutian menarik di Malaysia yang sering menjadi tumpuan pelancong. Berbagai tarikan pelancongan ada di bandaraya ini menjadikannya lokasi pilihan pelancong tempatan dan juga luar negara. Kedudukannya sebagai pintu masuk ke Singapura juga merupakan salah satu faktor ramai pelancong singgah disini. Kali ini Percutian Bajet telah menyusun senarai tempat menarik di Johor Bahru untuk dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di bandaraya ini.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat pelancongan di Johor