Tempat pelancongan di Kedah

Tempat menarik di Alor Setar Kedah

Alor Setar ialah sebuah bandaraya cantik yang menjadi ibu negeri Kedah Darul Aman. Terdapat berbagai tarikan yang menjadikan ia sebagai tumpuan pelancong termasuk lokasi menarik, tempat-tempat bersejarah dan destinasi membeli-belah. Mungkin ramai yang ingin tahu tentang destinasi menarik yang ada di sekitar pusat bandaraya ini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat-tempat menarik di Alor Setar Kedah yang boleh anda lawati jika berkunjung ke sini.

Tempat menarik di Sungai Petani untuk dilawati

Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah. Terletak dalam daerah Kuala Muda, ia adalah sebuah bandar perindustrian dan merupakan bandar yang paling pesat membangun di negeri ini. Dalam sektor pelancongan, Sungai Petani mempunyai tarikan tersendiri dan beberapa lokasi peranginan turut berada sekitar bandar ini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat menarik di Sungai Petani dan lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi jika anda bercuti di sini.

Bersantai di Pantai Murni, Yan

Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah yang menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Ia terletak berhampiran pekan Yan. Bagi anda yang belum pernah ke Pantai Murni dan merancang untuk ke pantai ini, disini serba sedikit maklumat berkenaan tempat pelancongan ini sebagai panduan anda.

Tree top walk Sungai Sedim, Kulim

Salah satu lokasi percutian menarik di Kedah ialah Sungai Sedim. Ia adalah destinasi percutian bajet yang cukup menarik bagi pelancong alam semulajadi dan peminat sukan air. Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah.

Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Salah satu tarikan utama yang terdapat di Baling ialah kolam air panas yang terletak di Ulu Legong. Kolam air panas ini kian dikenali dan mendapat sambutan pelancong yang melawat negeri Kedah. Tempat menarik ini sentiasa dipenuhi pengunjung dihujung minggu dan juga semasa musim cuti sekolah. Orang-ramai dari merata-rata negeri termasuk pelancong dari luar negara juga datang untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga disini.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat pelancongan di Kedah