Selangor

Selangor ialah sebuah negeri yang kaya dan maju. Ia terletak di tengah semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Shah Alam yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan bandar yang popular. Banyak tempat-tempat terkenal di Malaysia terletak di negeri ini antaranya ialah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Malah kedudukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya juga berada didalam negeri Selangor. Didalam sektor pelancongan, ia terkenal dengan pelancongan bandar dimana banyak tarikan dibangunkan seperti taman tema, muzium dan galeri serta taman rekreasi. Manakala tarikan alam semulajadi yang ada termasuk kawasan peranginan air terjun dan pantai.

Dibawah ini ialah maklumat tentang tarikan pelancongan, tempat menarik dan aktiviti yang ada di negeri Selangor. Jika anda bercadang untuk bercuti di negeri ini, maklumat ini dapat membantu anda merancang itinerari percutian dan bajet yang perlu diperuntukan.

Untuk tempat menarik di negeri lain di Malaysia, lihat Tempat Menarik.