Tempat percutian di Terengganu

Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu

Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu ini ialah panduan lokasi untuk bercuti yang disusun mengikut jenis pelancongan. Ada destinasi percutian pulau, pantai, pelancongan alam semulajadi, kebudayaan dan lain-lain. Beberapa tempat penginapan di setiap lokasi turut dicadangkan. Ini akan memudahkan anda membuat pilihan mengikut kehendak dan bajet masing-masing.

Tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati

Salah satu lokasi pelancongan yang menarik di pantai timur ialah Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah bandar cantik yang terletak di tepi laut. Kuala Terengganu mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Ia terkenal sebagai lokasi pemasaran barangan tempatan yang berkualiti tinggi seperti songket dan batik. Disini juga terdapat beberapa lokasi pelancongan yang cukup menarik dan unik. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi senarai tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini.

Bercuti di Pulau Tenggol Dungun Terengganu

Pulau Tenggol adalah salah sebuah lokasi pulau peranginan yang terletak di perairan Terengganu. Ia agak kurang terkenal berbanding pulau lain seperti Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Pulau yang pada asalnya tidak berpenghuni ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan setelah dimajukan dan didirikan resort untuk penginapan pelancong. Tarikan utama pelancong ke Pulau Tenggol ialah untuk aktiviti scuba diving.

Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Bercuti di Pulau Redang

Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai spesis hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang. Di sini PercutianBajet telah menyediakan maklumat asas sebagai panduan kepada pengunjung yang ingin merancang percutian ke Pulau Redang.

Pages

Subscribe to RSS - Tempat percutian di Terengganu