Taiping

Destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Taiping seperti tempat rekreasi alam semulajadi, sejarah dan warisan, lokasi percutian keluarga serta destinasi popular lain yang mesti dilawati. Taiping juga merupakan tempat percutian pilihan ramai.

Muzium Perak di Taiping

Kapal terbang lama di Muzium Perak Taiping

Muzium Perak di Taiping merupakan salah satu tempat menarik yang mesti dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini. Ramai yang merasakan bahawa melawat muzium adalah aktiviti yang membosankan tetapi kami pasti anda tidak akan beranggapan sedemikan selepas melawat muzium ini.

Jika anda datang melawat pada musim cuti sekolah, muzium ini akan dipenuhi dengan rombongan sekolah dan ibubapa yang membawa anak-anak bercuti. Ini menunjukkan bahawa muzium yang dibina pada zaman penjajahan British dahulu memang popular. Jadi pilih waktu yang sesuai untuk keselesaan anda.