Taman tema

Taman tema ialah antara tempat pelancongan popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Ia sering menjadi pilihan untuk percutian keluarga dimusim cuti persekolahan. Ini kerana taman tema merupakan lokasi sesuai untuk bergembira bersama dan mengeratkan perhubungan keluarga. Malah ia juga sesuai dikunjungi bersama kawan-kawan atau pasangan.

Berikut ialah senarai taman tema popular di Malaysia. Dapatkan maklumat lokasi, permainan menarik yang disediakan dan harga tiket untuk merancang percutian anda.

Bercuti di A Famosa Resort Melaka

A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan selain dari penginapan yang selesa. Disini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana.

Gold Coast Morib Resort, Banting

Mungkin ramai yang belum pernah mendengar nama Gold Coast Morib Resort. Jika ada yang tertanya-tanya, ia sebenarnya adalah sebuah resort menarik yang terletak di Banting, Selangor. Tarikan utama Gold Coast Morib Resort ialah water theme park selain dari penginapan dan berbagai aktiviti pelancongan yang disediakan. Jika anda mencari destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga, taman tema air ini pasti menggembirakan semua terutama anak-anak anda.

Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.