Tempat makan Penang

Penang terkenal sebagai syurga makanan di Malaysia. Ini kerana makanan tempatan disini memang sedap dan berlainan. Antara makanan yang popular di Penang ialah nasi kandar, pasembor dan char koey teow. Walaupun semua makanan tersebut boleh ditemui di negeri lain tetapi ia tidak setanding dengan restoran disini.

Berikut ialah gerai, warung, restoran, nasi kandar, laksa, char koey teow dan berbagai makan sedap di Penang yang boleh anda cuba. Nikmati kelainan dan kelazatan masakan yang pasti membuatkan anda berpuas hati.

Tempat makan best di Penang

Tempat makan best di Penang

Salah satu tarikan pelancongan di Penang ialah makanan sedap yang terdapat di negeri ini. Paling terkenal ialah nasi kandar, laksa Penang, pasembor dan char kuey teow. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat makan best di Penang yang boleh anda cuba jika bercuti disini. Selain untuk panduan pelancong yang tidak tahu ke mana hendak dituju bila ingin menjamu selera, ia juga bertujuan untuk mengelakkan salah faham seperti pengunjung yang order char kuey teow di Padang Kota dan merungut char kuey teow Penang tidak sedap.