Tempat menarik Langkawi

Destinasi pelancongan dan tempat menarik di Langkawi untuk dilawati seperti pantai yang cantik, pulau yang unik, tempat sejarah dan warisan, rekreasi dan berbagai lokasi popular.

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi ialah salah satu tempat menarik paling popular dikalangan pelancong yang melawat pulau bebas cukai ini. Hampir semua ejen pelancongan memasukkan tempat ini sebagai salah satu lokasi lawatan didalam pakej mereka. Underwater World Langkawi menawarkan koleksi akuarium yang menempatkan berbagai spesis hidupan air tawar dan hidupan laut dari serata dunia.

Disini saya kongsikan pengalaman melawat Underwater World Langkawi dengan sedikit ulasan semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melawat tempat menarik ini.

Kota Mahsuri Langkawi

Gerbang Kota Mahsuri

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi atau nama sebenarnya Crocodile Adventureland Langkawi adalah salah satu tarikan pelancongan utama di pulau lagenda ini. Mana-mana agensi pelancongan sekalipun pasti memasukkan tempat menarik ini sebagai salah satu lokasi untuk dilawati dalam itinerary mereka.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Bercuti di Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang ialah salah satu lokasi pelancongan paling popular di Langkawi. Ia menjadi tumpuan kerana beberapa tarikan yang ada di sini. Pantai yang cantik dan landai serta resort yang banyak menjadikannya lokasi pilihan pelancong yang ingin bercuti di Langkawi. Selain itu, beberapa tempat menarik terletak berhampiran kawasan ini boleh dilawati semasa bercuti. Bagi pengunjung yang inginkan percutian yang menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam, ini adalah pilihan nombor satu anda.

Tempat menarik di Langkawi

Tempat menarik di Langkawi

Langkawi ialah sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya. Tempat peranginan, pantai yang cantik, alam semulajadi yang masih terpelihara, hotel serta resort yang banyak menjadikannya sesuai untuk percutian honeymoon atau bercuti bersama keluarga. Terdapat berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pengunjung seperti island hopping, jungle trekking, watersport dan membeli-belah. Kali ini Percutian Bajet telah menyediakan senarai tempat menarik di Langkawi untuk dilawati mengikut jenis pelancongan sebagai panduan anda yang merancang untuk bercuti ke sana.

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat adalah salah satu lokasi bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Ia adalah kawasan dimana beras terbakar yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Pengunjung dapat melihat tapak kawasan kejadian dan beras yang hangus terbakar disimpan didalam bekas kaca. Agak menarik kerana ia terletak dikawasan rumah penduduk.

Nota: Untuk melihat lokasi percutian menarik, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.

Cable Car Oriental Village Langkawi

Cable Car Langkawi

Langkawi ialah lokasi percutian popular yang menawarkan berbagai aktiviti pelancongan dan tempat menarik untuk dikunjungi. Salah satu tempat menarik yang mesti dilawati ialah Oriental Village Langkawi. Dahulunya ia cukup terkenal dengan kereta kabel yang membawa pelancong ke puncak Gunung Machinchang. Kini berbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung.

Nota: Untuk melihat lokasi percutian popular, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.