Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Lihat semua lokasi menarik untuk bercuti di artikel: Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu.

Lokasi Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di negeri Terengganu. Ia merupakan sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk dalam daerah Marang, kira-kira 18 KM dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebih-kurang 6 KM sahaja.

Pulau Kapas, Terengganu.

Pengangkutan ke Pulau Kapas

Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Kapas boleh menaiki bot di Jeti Marang. Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas ialah:

  • Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
  • Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
  • Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu.
  • Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke Jeti Marang (lebih kurang RM30.00).
  • Perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM25.00 untuk pergi-balik.

Keistimewaan Pulau Kapas

Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara keistimewaan Pulau Kapas ialah:

  • Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik masik kekal terpelihara di Pulau Kapas.
  • Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar Pulau Kapas.
  • Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan.

Pemandangan cantik di Pulau Kapas, Terengganu.

Aktiviti menarik di Pulau Kapas

Beberapa aktiviti menarik di Pulau Kapas yang boleh anda lakukan semasa percutian anda ke sana seperti:

  • Mandi-manda.
  • Snorkeling.
  • Luncur angin.
  • Berkayak
  • Berkhemah.
  • Menaiki bot melihat tempat-tempat menarik.
  • Memancing.
  • Melihat suasana matahari terbenam.
  • Scuba diving.

Kapas Turtle Valley, Pulau Kapas, Terengganu.

Resort di Pulau Kapas

Jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas, terdapat banyak pakej percutian yang ditawarkan oleh resort-resort yang terdapat di pulau ini. Biasanya setiap pakej percutian ke Pulau Kapas termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snorkeling. Berbagai pakej boleh didapati dari pakej honeymoon di resort terkenal untuk suami isteri hinggalah ke pakej percutian bajet untuk perlajar dan backpackers. Antara resort di Pulau Kapas yang menyediakan pakej untuk pelancong ialah seperti:

  • Kapas Island Resort - .Resort menarik di Pulau Kapas. Beberapa jenis bilik penginapan disediakan untuk pengunjung. Ruang makan yang selesa serta berbagai aktiviti boleh ditempah terus melalui resort. Kemudahan bilik seminar turut disediakan. Hubungi 09-6316468 untuk maklumat lanjut.
  • Duta Puri Island Resort.
  • Kapas Resort & Spa.
  • Kapas Coral Beach Resort - Salah satu resort popular di Pulau Kapas. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh terus hubungi +609-618 3166.
  • Makcik Gemuk Resort Kapas - Resort ini mempunyai 63 chalet yang tersedia untuk pengunjung. Makcik gemuk chalet pulau kapas adalah antara resort yang popular dikalangan pelancong tempatan yang ingin bercuti ke Pulau Kapas.
  • Qimy Chalet.
  • Kapas Turtle Valley.
  • Kapas Beach Chalet - Resort ini mempunyai beberapa buah chalet unik yang diperbuat dari kayu. Makanan turut disediakan dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan menu yang disediakan. Anda boleh menempah terus di +6012-288 2008.
  • Pak Ya Chalet.
  • Captain Long House.
  • Harmony Campsite.

Kapas Beach Chalet, Pulau Kapas, Terengganu.

Pakej percutian ke Pulau Kapas

Untuk melihat keindahan Pulau Kapas, anda boleh mengambil pakej 'Day Trip', iaitu pakej melawat tempat-tempat menarik disekitar Pulau Kapas berserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam disana. Walau bagaimanapun, untuk lebih menyeronokkan, anda boleh mengambil pakej 2 hari 1 malam 'Fullboard' iaitu pakej termasuk:

  • Kos pengangkutan feri pergi-balik.
  • Penginapan 1 malam di Pulau Kapas.
  • Makanan disediakan.
  • Aktiviti snorkeling ditempat menarik.

Biasanya, untuk lebih puas menikmati percutian di Pulau Kapas, kami mencadangkan pakej 3 hari 2 malam dimana berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti snorkeling di beberapa lokasi menarik di Pulau Kapas, mandi laut, barbeque dan lain-lain.

Nota: Untuk melihat semua destinasi pelancongan menarik yang ada di negeri ini, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Bagi pelancong yang inginkan kedamaian, percutian ke Pulau Kapas pasti tidak akan mengecewakan. Bersantai ditepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yang jernih memberikan ketenangan serta kepuasan tersendiri. Aktiviti percutian seperti mandi laut, snorkeling dan aktiviti watersport lain boleh mengisi ruang percutian anda sepanjang berada di pulau ini. Dapatkan pakej ke Pulau Kapas dan nikmati percutian idaman anda sekarang.

Comments

33

Boleh tak tolong berikan harga utk 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yg saya inginkan ialah mengelilingi pulau dengan bot.

Hubungi saya di 0139010598

saya ingin membuat tempahan pakej untuk percutian di pulau kapas seramai 3 hingga 4 orang selama 3 hari 2 malam pada awal bulan disember. Boleh hubungi saya 01129628620 kerana ingin membuat tempahan resort dengan harga berpatutan, terima kasih

Saya rasa banyak resort di Pulau Kapas yang ditutup dari hujung bulan Oktober hingga bulan Februari kerana ombak besar musim tengkujuh di pantai timur.

Kalau nak bercuti ke pulau-pulau disana seeloknya dari bulan Mac hingga September. Harap maklum.

Info yang penting. Terima kasih sgt sgt

Hi, saya bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas dan ingin mendapatkan info berkenaan dengan Kapas Beach Chalet, Kapas Coral Beach Chalet, Makcik Gemuk Resort Kapas dan Tuty Puri Island Resort. Bolehkah anda memberi info berkenaan chalet di atas.Anda boleh hantar emel kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Blh sy tahu berapa harga pakej utk 3hari 2mlm..atau pakej honeymoon..0103615857

boleh x contact sy or whatsaapp 0136283395.
nk cri trip for 20-30 pax
tqvm

salam..blh info sy untuk bajet kslrhan bg 6hri5mlm..pda bln 7, ws 01136970552

Bagi mengelakkan ruangan komen dipenuhi dengan pertanyaan tentang pakej yang diinginkan, sila hubungi kami untuk pertanyaan tentang pakej percutian, harga dan lain-lain yang berkaitan.

Gunakan perkhidmatan Sebutharga di menu HUBUNGI KAMI kerana pelbagai maklumat diperlukan serta mempengaruhi harga pakej. Kami akan cuba memberi maklumat yang anda ingini sekiranya mampu. Terima kasih.

salam saya nak tnye tentang pakej percutian dekat pulau kapas , kalau boleh nk tahu fully package untuk 3 hari 2 malam seramai 12 orang , sebab untuk class trip.. dan kami nk tanay resort yg murah tapi ada swimming pool.. please tolong respon dan balas.. boleh whatspp dkt no ni 0145016686

Salam. Saya nak buat day trip bg 48 org student sekali ngan snorkelling. Boleh x bagi budget keseluruhannya. Ni nom saya 0182544788

Salam,sy bercadang untuk brcuti di pulau kapas pd 15 februari ini slme 3 hri 2 mlm..mhon info untuk booking penginapan atau chalet seramai 6 org..mklum blas dimajukan dgn kadar segera..tq

agak agak berapa kos untk menginap di pulau kapas?? harga chalet??

pakej ke pulau kapas 1 pax 3D2N (CHALET + ISLAND HOPING SHJ)

Assalamualaikum...boleh bgtau pakej yg diberikan oleh kapas beach challet x?untuk 3 hari 2 malam dan 2 hari 1 malam.2 dewasa 1 kanak

Tuan/Puan, Saudara/saudari,

Untuk permohonan sebutharga, sila ke menu HUBUNGI KAMI -> SEBUTHARGA. Jika dibahagian komen ini kemungkinan terlepas pandang.

Terima kasih.

tolong beritau sy harga percutian di pulau 3 hari 2 mlm.....

berapakah harga penginapan untuk 3 hari 2 malam di chalet makcik gemuk?
saya ingin bercuti dalam masa terdekat..
sila nyatakan pekej bajet terbaik?

Sis boleh semak senarai harga chalet Makcik Gemuk Beach Resort Pulau Kapas dihalaman fb mereka iaitu:

https://www.facebook.com/Makcik-Gemuk-Beach-Resort-176599872427324/

Kalau tak salah nombor telefon mereka ialah +609-612 2188. Sis boleh terus hubungi mereka dan dapat harga serta pakej terbaik yang ditawarkan.

Semoga membantu.

Boleh sy thu pakej percutian 3 hari 2 mlm di pulau kapas berapa bajet?

Salam.. sy bercadang nk bercuti ke pulau kapas ble hubungi sy untuk sy dapatkan detail.. 0187856735 / 0187937569 tq..

Saya bercadang untuk ke pulau kapas pd hujung march 2017
Blh bg cotation x untuk 2 dewasa 3 kanak 1infant chalet makcik gemuk

Saya ingin buat tempahan pada raya cina ini..28-30 febuari 2017

Contact pls 01137761775

sy student politeknik..blh sy tau pakej 3d2n brapa..?utk 20-30 orang..dan cadangkan tmpt penginapan yg sesuai dan bajet..hrap respon cepat..
call:0145150057

Saya nak contact number untuk snorkeling boleh? untuk 32 pelajar

Hi, i need quotation for 3D2N for pulau kapas trip (4-5 pax), kindly please email me tq.

Sebarang sebutharga atau pertanyaan berkaitan pakej Pulau Kapas, terus hubungi resort atau chalet kerana Percutian Bajet tidak menyediakan pakej percutian. Terima kasih.

Saya ingin membuat tempahan untuk 2 hari 1mlm untuk 5 orang satu keluarga, bagaimana caranya.

T.kasih

adnan 0134126363

Gambar chalet ngadap pantai tu apa namanya

Boleh bagi bajet percutian ke pulau kapas, 2D1N bagi (2 adult, 3 child)
Kanak2 (6/4/3thn)
Pls advise tarikh yang sesuai utk ke pulau.

Pls reply me @ +60183108667

Pages

Add new comment