Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Lihat semua lokasi menarik untuk bercuti di artikel: Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu.

Lokasi Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di negeri Terengganu. Ia merupakan sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk dalam daerah Marang, kira-kira 18 KM dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebih-kurang 6 KM sahaja.

Pulau Kapas, Terengganu.

Pengangkutan ke Pulau Kapas

Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Kapas boleh menaiki bot di Jeti Marang. Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas ialah:

  • Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
  • Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
  • Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu.
  • Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke Jeti Marang (lebih kurang RM30.00).
  • Perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM25.00 untuk pergi-balik.

Keistimewaan Pulau Kapas

Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara keistimewaan Pulau Kapas ialah:

  • Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik masik kekal terpelihara di Pulau Kapas.
  • Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar Pulau Kapas.
  • Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan.

Pemandangan cantik di Pulau Kapas, Terengganu.

Aktiviti menarik di Pulau Kapas

Beberapa aktiviti menarik di Pulau Kapas yang boleh anda lakukan semasa percutian anda ke sana seperti:

  • Mandi-manda.
  • Snorkeling.
  • Luncur angin.
  • Berkayak
  • Berkhemah.
  • Menaiki bot melihat tempat-tempat menarik.
  • Memancing.
  • Melihat suasana matahari terbenam.
  • Scuba diving.

Kapas Turtle Valley, Pulau Kapas, Terengganu.

Resort di Pulau Kapas

Jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas, terdapat banyak pakej percutian yang ditawarkan oleh resort-resort yang terdapat di pulau ini. Biasanya setiap pakej percutian ke Pulau Kapas termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snorkeling. Berbagai pakej boleh didapati dari pakej honeymoon di resort terkenal untuk suami isteri hinggalah ke pakej percutian bajet untuk perlajar dan backpackers. Antara resort di Pulau Kapas yang menyediakan pakej untuk pelancong ialah seperti:

  • Kapas Island Resort - .Resort menarik di Pulau Kapas. Beberapa jenis bilik penginapan disediakan untuk pengunjung. Ruang makan yang selesa serta berbagai aktiviti boleh ditempah terus melalui resort. Kemudahan bilik seminar turut disediakan. Hubungi 09-6316468 untuk maklumat lanjut.
  • Duta Puri Island Resort.
  • Kapas Resort & Spa.
  • Kapas Coral Beach Resort - Salah satu resort popular di Pulau Kapas. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh terus hubungi +609-618 3166.
  • Makcik Gemuk Resort Kapas - Resort ini mempunyai 63 chalet yang tersedia untuk pengunjung. Makcik gemuk chalet pulau kapas adalah antara resort yang popular dikalangan pelancong tempatan yang ingin bercuti ke Pulau Kapas.
  • Qimy Chalet.
  • Kapas Turtle Valley.
  • Kapas Beach Chalet - Resort ini mempunyai beberapa buah chalet unik yang diperbuat dari kayu. Makanan turut disediakan dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan menu yang disediakan. Anda boleh menempah terus di +6012-288 2008.
  • Pak Ya Chalet.
  • Captain Long House.
  • Harmony Campsite.

Kapas Beach Chalet, Pulau Kapas, Terengganu.

Pakej percutian ke Pulau Kapas

Untuk melihat keindahan Pulau Kapas, anda boleh mengambil pakej 'Day Trip', iaitu pakej melawat tempat-tempat menarik disekitar Pulau Kapas berserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam disana. Walau bagaimanapun, untuk lebih menyeronokkan, anda boleh mengambil pakej 2 hari 1 malam 'Fullboard' iaitu pakej termasuk:

  • Kos pengangkutan feri pergi-balik.
  • Penginapan 1 malam di Pulau Kapas.
  • Makanan disediakan.
  • Aktiviti snorkeling ditempat menarik.

Biasanya, untuk lebih puas menikmati percutian di Pulau Kapas, kami mencadangkan pakej 3 hari 2 malam dimana berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti snorkeling di beberapa lokasi menarik di Pulau Kapas, mandi laut, barbeque dan lain-lain.

Nota: Untuk melihat semua destinasi pelancongan menarik yang ada di negeri ini, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Bagi pelancong yang inginkan kedamaian, percutian ke Pulau Kapas pasti tidak akan mengecewakan. Bersantai ditepi pantai melihat keindahan pantai dan air laut yang jernih memberikan ketenangan serta kepuasan tersendiri. Aktiviti percutian seperti mandi laut, snorkeling dan aktiviti watersport lain boleh mengisi ruang percutian anda sepanjang berada di pulau ini. Dapatkan pakej ke Pulau Kapas dan nikmati percutian idaman anda sekarang.

Comments

32

Salam,tiket boat bli di sini atau di jeti?

Tiket bot beli di jeti.

Pages

Add new comment