Bercuti ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang sangat cantik serta hutannya yang belum tercemar. Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Pelancong boleh mengunjungi pulau ini secara pakej percutian atau merancang percutian bajet sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Pulau Perhentian, disini kami kongsikan sedikit maklumat sebagai rujukan anda.

Lihat semua lokasi menarik untuk bercuti di artikel: Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu.

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau utama iaitu:

  1. Pulau Perhentian Besar.
  2. Pulau Perhentian Kecil.

Pulau Perhentian Besar, Terengganu.

Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian disini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakej untuk pelancong terutama pakej snorkeling dan juga scuba diving. Disini juga terdapat beberapa operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.

Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau. Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar disekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan. Untuk melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.

Pantai dan air laut jernih di Pulau Perhentian Besar, Terengganu.

Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkeling terdapat disini. Pulau ini mempunyai banyak resort dan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar. Lantaran itu, ia lebih terkenal dikalangan pelancong "backpackers" dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet.

Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini. Jadi, untuk ke mana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat menarik disana.

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Pengangkutan

Bagaimana caranya untuk ke Pulau Perhentian? Destinasi anda ialah Kuala Besut dimana feri ke Pulau Perhentian disediakan. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke sana.

  1. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat anda, anda boleh samada ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu - Bergantung pada lokasi terhampir dengan anda.
  2. Mengambil teksi untuk ke Kuala Besut.
  3. Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi.
  4. Di Pulau Perhentian Besar, anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.

Nota/Peringatan: Feri ke Pulau Perhentian tidak sebesar feri Pulau Langkawi. Biasanya ia cuma boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang sahaja. Bot akan berayun dan melambung apabila merempuh ombak besar. Penumpang dinasihatkan agar makan ubat mabuk laut sebelum perjalanan menaiki feri. Wanita mengandung juga tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh membahayakan kandungan.

Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Aktiviti di Pulau Perhentian

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah untuk berehat di pulau cantik yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkeling menikmati keindahan hidupan laut disekitar pulau ini. Selain itu terdapat beberapa aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian seperti:

  1. Mandi laut di pantai berpasir yang jernih airnya.
  2. Island cruises - Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar pulau.
  3. Windsurfing.
  4. Sailing.
  5. Berkayak.
  6. Memancing.
  7. Berkhemah.
  8. Jungle trekking

Bagi sesetengah aktiviti, pengunjung dinasihatkan membawa penghalau serangga dan air minuman yang banyak.

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian, Terengganu.

Penginapan di Pulau Perhentian

Jika bercuti di Pulau Perhentian, terdapat dua jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu:

  1. Perkhemahan.
  2. Sewa chalet atau resort yang banyak terdapat disini.

Resort dan chalet di Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu, kursus dan lain-lain. Hotel, resort dan chalet yang terdapat di Pulau Perhentian Besar ialah:

  1. Perhentian Island Resort.
  2. Coral View Resort.
  3. Tuna Bay Island Resort.
  4. Paradise Watercolours resort.
  5. Mama's Chalets.
  6. New Cocohut Chalet.
  7. ABC Guest house.
  8. Tunabay Island Resort.
  9. Abdul's Chalet.
  10. Flora Bay Resort.
  11. Fauna Beach Chalet.
  12. Arwana Eco Resort and Beach Chalet.
  13. Samudra Beach Chalet.
  14. Bubbles Dive Resort.

Resort dan chalet di Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil menjadi tumpuan pelancong "backpackers" atau pelancong yang tidak membuat tempahan penginapan. Kos penginapan di Pulau Perhentian Kecil lebih murah dan sesuai untuk percutian bajet. Resort dan chalet yang terdapat di pulau ini ialah:

  1. Aur Bay Chalets.
  2. Fatimah Chalet.
  3. Maya Chalets.
  4. Senja Bay Resorts.
  5. Butterfly Chalets.
  6. Mira Beach.
  7. Petani Beach.
  8. Impiani Watercolours Resort.
  9. D'Lagoon.
  10. Moonlight Chalets.
  11. BuBu Long Beach Resort.
  12. Matahari Chalet.
  13. Lily Beach Chalets.
  14. Simfony Chalets.
  15. Panorama.
  16. Cempaka.
  17. Rock Garden Chalets.
  18. Lemongrass.
  19. Mohsin Chalets

Untuk melihat potongan harga terendah resort dan hotel di Pulau Perhentian, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui Booking.com.

Kemudahan asas terdapat di Pulau Perhentian tetapi kemudahan lain bergantung kepada resort. Anda harus memastikan sendiri apabila memilih penginapan untuk percutian anda. Asasnya kemudahan yang ada ialah:

  1. Elektrik - Dari generator yang terdapat di Pulau Perhentian. Elektrik cuma ada diwaktu malam.
  2. Air - Dari punca air yang terdapat di Pulau Perhentian.
  3. Wifi dan Internet - Tidak semua resort dan jika ada pun ia bergantung pada cuaca lantaran pulau yang terletak jauh di tengah laut.

Jeti Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Makanan

Pulau Perhentian adalah sebuah pulau peranginan yang semakin terkenal dikalangan pelancong dalam dan luar negara. Kemudahan penginapan dan makanan memang tersedia untuk pengunjung yang ingin bercuti ke pulau ini. Jika anda mengambil pakej day trip atau berkhemah dan tidak mengambil pakej penginapan di Pulau Perhentian:

  • Terdapat gerai makan di Pulau Perhentian - Harga makanan dan minuman agak mahal seperti kebanyakan pulau peranginan.
  • Bawa makanan dan minuman sendiri seperti roti, biskut dan makanan ringan untuk jimat.

Bagi pengunjung yang melakukan aktiviti perkhemahan, anda dinasihatkan agar membeli peralatan dan bahan memasak secukupnya di tanah besar sebelum menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Pantai Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Pakej Pulau Perhentian

Terdapat berbagai pakej Pulau Perhentian yang ditawarkan oleh agensi pelancongan dan juga yang disediakan oleh resort yang terdapat di Pulau Perhentian seperti:

  1. Pakej Percutian - Pakej biasa yang hanya menyediakan penginapan dan makanan. Pengangkutan feri ke Pulau Perhentian biasanya termasuk dalam pakej.
  2. Pakej Snorkeling - Pakej Percutian termasuk aktiviti snorkeling.
  3. Pakej Diving - Pakej Percutian termasuk aktiviti diving.
  4. Pakej Kursus - Pakej kursus PADI dive atau lain-lain.
  5. Pakej Pelajar - Perhentian Island Resort ada menyediakan pakej untuk pelajar.

Mira Beach, Pulau Perhentian, Terengganu.

Pakej Percutian - Pakej 3 Hari 2 Malam.

  1. Tiket feri pergi balik.
  2. Dua malam penginapan.
  3. Dua kali sarapan.
  4. Dua kali makan tengahari.
  5. Dua kali makan malam.
  6. Untuk penginapan, anda boleh memilih jenis bilik (Deluxe, Superior), katil (Single, Twin, Triple sharing) dan kemudahan tambahan yang dikehendaki.
  7. Harga pakej bergantung kepada apa yang anda pilih.

Pantai Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Pakej Snorkeling - Pakej 3 Hari 2 Malam.

  1. Tiket feri pergi balik.
  2. Dua malam penginapan.
  3. Dua kali sarapan.
  4. Dua kali makan tengahari.
  5. Dua kali makan malam.
  6. Untuk penginapan, anda boleh memilih jenis bilik (Superior, Deluxe), katil (Single, Twin, Triple sharing) dan kemudahan tambahan yang dikehendaki.
  7. Dua kali trip snorkeling. Peralatan snorkeling disediakan.

Turtle Bay, Pulau Perhentian, Terengganu.

Pulau Perhentian ditutup semasa musim tengkujuh iaitu sekitar bulan Oktober hingga Mac setiap tahun. Ini kerana ombak besar dan hujan ribut melanda pantai timur dan semua perkhidmatan feri terpaksa dihentikan. Jika anda merancang untuk bercuti ke Pulau Perhentian, anda boleh memilih tarikh antara bulan April hingga September.

Nota: Untuk melihat semua destinasi pelancongan menarik yang ada di negeri ini, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Pulau Perhentian adalah destinasi percutian sempurna untuk pasangan suami isteri berbulan madu dan para pencinta alam untuk menikmati keindahan pemandangan dasar laut yang sangat mengagumkan. Terdapat pelbagai pakej Pulau Perhentian yang ditawarkan untuk pelancong yang ingin bercuti kesana. Malah pengunjung juga boleh merancang sendiri percutian ke Pulau Perhentian dan mengatur aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Apapun, bercuti di Pulau Perhentian pasti tidak akan mengecewakan anda.

Comments

11

boleh x whatsapp sy 0136283395
berminat utk 20 -30 pax
tqvm

Ada tak pakej untuk seorang sahaja....? Kalau ada pakej dia macammana....tq

HII Nak tanye Pakej utk 5 org :) cam mana??

Untuk pertanyaan tentang pakej percutian, harga dan lain-lain yang berkaitan, sila gunakan perkhidmatan Sebutharga di menu HUBUNGI KAMI kerana pelbagai maklumat diperlukan serta mempengaruhi harga pakej. Terima kasih.

boleh saya tau harga untuk pakej students

saya nak tau pakej untuk 1 family sahaja 4 dewasa 2 kanak2

Memang lengkap betul artikel ni. Mudah untuk traveller yg nak ke sana. =)

boleh saya dapatkan pandangan, diantara pulau redang dan pulau perhentian, yang mana lebih cantik pemandangan. berapa harga full package untuk 2 org bagi kedua2 pulau tersebut sekiranya saya ingin kesana pada hjng bln 4

Pada pendapat saya, kedua-dua pulau cukup menarik. Pulau Perhentian mempunyai pantai yang cantik, banyak coral dan ikan masa snorkeling. Aktiviti pun banyak.

Untuk pakej, awak kena tengok2 promosi di laman web, fb, instagram dan lain2 untuk dapat harga yang terbaik.

saya nak tahu untuk 20-30 pax berapa kos?nama tmpt penginapan n aktiviti...wasap saya 0175560140 tq

hi..saya berminat dgn pakej snorkeling tp utk seorang atau dua org shj..berapa caj akan dikenakan?

Add new comment