Tips dan panduan

Halaman panduan untuk pengunjung melayari laman web percutianbajet.com dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Asasnya, percutianbajet.com (Percutian Bajet) menyediakan artikel-artikel mengenai tempat menarik, aktiviti percutian dan destinasi pelancongan di Malaysia. Peta laman untuk laman web Percutian Bajet mengikut menu utama adalah seperti berikut:

  • Utama - Halaman utama (Home).
  • Artikel - Artikel mengenai tempat menarik, aktiviti percutian dan destinasi pelancongan di Malaysia.
  • Tempat menarik - Halaman tempat menarik mengikut negeri-negeri di Malaysia.
  • Panduan - Halaman ini. Panduan penggunaan laman web percutianbajet.com.
  • Hubungi kami - Borang maklum-balas, pertanyaan atau sebarang persoalan yang ingin diajukan kepada kami.

Panduan secara terperinci mengenai sesuatu tajuk boleh didapati di artikel-artikel dibawah. Sekiranya anda ada persoalan, sila ajukan terus dengan menghubungi kami.

Panduan menggunakan gambar

Semua gambar-gambar didalam laman www.percutianbajet.com adalah dilesenkan dibawah lesen Creative Commons Attribution 2.0 Generic.

Secara ringkasnya, dibawah cc-by-2.0, anda boleh menggunakan gambar dari laman web ini dengan syarat:

AtribusiAnda perlu memberikan kredit yang sewajarnya, menyediakan pautan kepada lesen, dan menunjukkan jika ada perubahan yang dibuat. Anda boleh berbuat demikian dengan apa jua cara yang munasabah, tetapi bukan dengan cara yang seolah-olah pemberi lesen yang mengiktiraf anda atau penggunaan anda.

Berikan kredit sewajarnya

Sekiranya anda ingin menggunakan gambar dari laman web percutianbajet.com, berikan kredit sewajarnya iaitu dengan memasukkan pautan artikel berkenaan atau laman utama. Anda boleh menggunakan code dibawah jika tidak tahu.

Kredit ke laman utama:

<a href="https://www.percutianbajet.com/">percutianbajet.com</a>

Kredit gambar dari artikel:

<a href="https://www.percutianbajet.com/kedah/lata-bukit-hijau">kredit percutianbajet.com</a>

Gantikan "https://www.percutianbajet.com/kedah/lata-bukit-hijau" dengan link artikel sebenar gambar yang anda gunakan.

Sokong kami

Objektif laman web www.percutianbajet.com ialah untuk memberi maklumat tepat dan terkini tanpa bias. Fokus kami ialah pada tempat menarik, aktiviti percutian dan destinasi pelancongan yang tidak memerlukan kos yang tinggi.

Namun untuk melakukan semua ini, ia sendiri memerlukan kos yang tinggi. Kami perlu melawat destinasi untuk memberi ulasan yang jujur dan berkongsi gambar keadaan sebenar. Jangan risau kami tidak meminta duit anda.

Ada beberapa cara anda boleh menyokong kami.

  1. Hantar artikel berkaitan destinasi percutian bajet, aktiviti dan tempat menarik. Kredit yang sepatutnya akan diberi. Hubungi kami.
  2. Komen pada artikel yang menceritakan tempat menarik atau aktiviti yang anda pernah pergi / lakukan. Anda membantu pembaca lain. Kebaikan walau sebesar zarah akan mendapat balasannya.
  3. Kongsikan tempat menarik yang anda rasa terbaik / sesuai untuk percutian bajet. Hubungi kami atau komen sahaja di artikel.
  4. Kongsikan pendapat, komen positif atau maklum balas kepada kami.
  5. Masukkan pautan ke www.percutianbajet.com dalam artikel anda sekiranya menggunakan maklumat atau gambar dari laman web ini.

Merancang percutian bajet

Anda ingin bercuti tetapi tidak mahu terikat dengan pakej? Artikel ini akan membantu anda merancang percutian bajet dengan berkesan. Juga terdapat tips untuk menjimatkan kos.

Maklumat lanjut lihat artikel: Merancang percutian bajet.

Panduan melancong alam semulajadi

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik alam semulajadi seperti taman negara dan eco park. Jika anda berminat melawat tempat sebegini, pastikan anda mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Maklumat lanjut lihat artikel: Panduan melancong alam semulajadi.

Buat duit dengan percutian

Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, laman web percutianbajet.com mengalu-alukan pengunjung untuk berkongsi pengalaman percutian ke tempat menarik di laman web ini.

Pelancongan di Malaysia

Artikel ini mengandungi maklumat asas pelancongan dan perkhidmatan yang menyokong industri pelancongan. Ia adalah maklumat tambahan bagi pengunjung yang berminat dengan pelancongan.

Panduan menulis blog

Artikel ini ialah panduan untuk menulis blog di laman web Percutian Bajet secara langkah demi langkah. Gambar yang berkaitan juga dipaparkan bagi membantu anda memahami dengan lebih mudah.

Promosi produk pelancongan percuma

Ingin mempromosikan produk pelancongan anda? Percutian bajet menyediakan laman iklan percuma untuk mempromosikan resort, homestay, pengangkutan dan perkhidmatan pelancongan lain.

Hantarkan artikel ke Percutian Bajet untuk kami siarkan. Sertakan gambar-gambar yang cantik untuk menarik pengunjung. Sekiranya menarik dan sesuai dengan percutian bajet, kami akan siarkan seperti artikel yang anda selalu lihat di facebook page rasmi percutian bajet.

Kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Tiada charge tersembunyi, semuanya percuma kerana kami ikhlas ingin membantu. Cuma syaratnya produk anda mesti bersesuaian dengan percutian bajet. Hantarkan maklumat perkhidmatan pelancongan anda sekarang.

Hubungi kami melalui laman web ini atau facebook page Percutian Bajet jika ada sebarang persoalan.