Yan

Destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Yan seperti tempat rekreasi alam semulajadi termasuk gunung dan pulau, tempat membeli-belah, tempat makan, lokasi percutian keluarga serta destinasi popular lain yang mesti dilawati. Yan juga merupakan lokasi percutian luar bandar yang terkenal dengan keunikan tersendiri seperti perkampungan nelayan, sawah padi yang luas serta merupakan salah satu program homestay kerajaan negeri.

Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik

Gunung Jerai Kedah

Gunung Jerai ialah salah satu destinasi pelancongan menarik di Kedah. Ia adalah pusat peranginan tanah tinggi yang mempunyai berbagai tarikan semulajadi. Walaupun tidak sehebat Cameron Highlands, ia menawarkan sesuatu yang lain iaitu pemandangan yang cukup mengagumkan. Selain destinasi percutian, ia juga popular dengan aktiviti mendaki gunung, berbasikal dan mandi air terjun.

Pulau Songsong tempat menarik di Yan

Snorkeling di Pulau Song Song Kedah

Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidah berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Tempat menarik di Yan Kedah - Panduan lengkap

Jeti nelayan Kuala Dulang Kecil

Daerah Yan, Kedah merupakan salah satu pusat pelancongan menarik di negeri Kedah. Daerah ini mempunyai daya tarikan utama pusat peranginan Gunung Jerai, taman rekreasi air terjun yang banyak, pantai menarik dan berbagai destinasi pelancongan lain yang mengundang pelancong ke daerah ini. Artikel kali ini akan memaparkan keunikan dan tempat-tempat menarik di Yan, Kedah sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di daerah ini.

Bersantai di Pantai Murni, Yan

Pantai Murni Yan Kedah

Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah yang menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Ia terletak berhampiran pekan Yan. Bagi anda yang belum pernah ke Pantai Murni dan merancang untuk ke pantai ini, disini serba sedikit maklumat berkenaan tempat pelancongan ini sebagai panduan anda.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Tempat menarik di Kedah mengikut daerah.

Pasar malam Guar Chempedak

Pasar malam Guar Chempedak Kedah

Pasar malam Guar Chempedak adalah antara yang terbesar di Daerah Yan. Orang ramai dari sekitar daerah ini datang untuk membeli barang keperluan harian dan juga makanan. Di bangunan tepi pasar malam ini terdapat surau di tingkat 1 yang sangat luas dan digunakan oleh peniaga serta orang-ramai untuk solat berjemaah. Kemudahan tandas juga ada disini. Cukup besar dan bersih.

Pasar malam ini beroperasi setiap hari Sabtu. Ia bermula dari seawal pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam. Lokasinya adalah berhampiran lampu isyarat pekan Guar Chempedak jalan menghala ke Yan.

Tempat menarik di Gunung Jerai Kedah

Tempat menarik di Gunung Jerai

Ramai yang belum mengetahui bahawa Gunung Jerai Kedah adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik di Malaysia. Ia agak kurang mendapat liputan dan promosi yang sepatutnya. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di puncak gunung dan juga kawasan sekitarnya. Berbagai aktiviti percutian boleh dilakukan sepanjang berada disana. Tambahan pula terdapat tempat penginapan menarik di puncak Gunung Jerai iaitu The Regency Jerai Hill Resort untuk pengunjung bermalam.